Di akui panas baran adalah tingkah laku manusia yang normal. Namun ia sebenarnya tidak baik malah akan memberi banyak kesan buruk pada kehidupan kita. Jadi sesiapa yang merasakan dirinya mewarisi sifat panas baran ini, sebaiknya cari jalan untuk berubah terutama insan bernama lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan mempunyai sifat panas baran yang agak terlampaun. Sehingga ada kalanya boleh mencederakan orang lain. Kalau tidak tahu cara untuk berubah ikuti panduan tersebut.
- Jangan terlalu ikut perasaan marahAmbik tidakan yang segera untuk memperbaiki situasi sekiranya kamu rasa tergangu. Contohnya bincang secara baik dengan pelayan jika kamu merasakan tidak senang dengan makanan kamu. Begitu juga dengan kekasih. Elakkan berkasar dan bincang kan setiap masalah yang berlaku dengan tenang.
- Jangan melepaskan kemarahan Kamu mungkin merasa lebih baik, tetapi orang yang dimarahi, pastinya akan berasa tidak selesa dengan kamu. Gunakan cara lain untuk melepaskan kemarahan, Seperti menulis dalam diari atau menulis surat marah yang tidak dirancang untuk dikirimkan pada sesiapa. Ianya hanya untuk meluahkan rasa sakit hati dan rasa marah dalam diri kamu.
-ProaktifJangan mengharapkan orang lain membaca fikiran kamu atau mengetahui apa yang kamu inginkan. Beritahu pada diri untuk belajar jujur pada diri sendiri dan orang lain tentang apa yang kamu inginkan dan perlukan dalam kehidupan seharian kamu. -LupakanKetepikan beberapa saat untuk memikirkan tentang orang yang menjadi sasaran kemarahan kamu. Ini kerana kadang kala kamu melahirkan kemarahan ketika kamu rasa sakit hati dan tidak puas hati dengan seseorang. Oleh kerana itulah elakkan daripada mengingatinya.
Monday, August 25, 2008
Panas Baran
Posted by babysiska at 10:09 PM 0 comments
Saturday, August 23, 2008
HERO - MARIAH CAREY
Posted by babysiska at 7:13 AM 0 comments
Friday, August 22, 2008
Enchanted
best sgt citer Enchanted..siap beli dvd lagi..kalao citer2 epic ni aku suka sgt..hehe..action movie kureng sketlah..pegi tgk ngan 3 member,enjoy sgt..hrmm best kan jadi gisselle tu dpt true love dia..hope aku pun dapat gak my true love one day...
Posted by babysiska at 12:23 PM 0 comments
Sunday, August 17, 2008
Apa itu CINTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat CintaCinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta BersediaBila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu IndahWalaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap BalasanCinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu MenaklukiSifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu MengetahuiPada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu HidupCinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihatcinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu SuciSebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu MempesonaCinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel danbersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Posted by babysiska at 7:56 PM 0 comments
